DASAR PEMULANGAN BAYARAN
- Tiada pemulangan bayaran yuran perkhidmatan akan dibenarkan, kecuali jika permintaan pemulangan dibuat disebabkan oleh kesilapan/ralat teknikal seperti penduaan transaksi, kesilapan kemasukan data, atau sebarang keadaan lain yang pada budi bicara mutlak Syarikat dianggap wajar.
- Jika Kempen tidak berjaya atas sebarang sebab termasuk di mana jumlah sasaran tidak dicapai, kami akan memulangkan jumlah pelaburan yang dibayar kepada Pelabur yang tidak berjaya dengan mengkreditkan bayaran balik ke dalam akaun bank atau baki sedia ada mengikut pilihan Pelabur. Tiada yuran penyedia perkhidmatan pembayaran akan dibayar/dipulangkan kepada Pelabur dalam keadaan tersebut. Sebarang faedah yang diperoleh daripada wang pelabur akan dibayar kepada pelabur mengikut kesesuaian melainkan dinyatakan sebaliknya secara bertulis.