Soalan Lazim
Dapatkan jawapan kepada soalan lazim.
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Berdaftar dengan SSM, Pihak Berkuasa Tempatan / Agensi / Badan Profesional / Perniagaan yang berdaftar dengan Ordinan Pelesenan Perdagangan 1948 (Sabah & Sarawak)
- Mempunyai Sijil Akuan Status PMKS yang sah berstatus Mikro
- Sekurang-kurangnya memiliki 60% ekuiti tempatan
- Mempunyai lesen perniagaan yang sah tempoh daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 24 bulan
- Pemilik perniagaan yang berumur 55 tahun ke atas dikehendaki menyediakan penjamin tambahan yang akan menjadi pewaris kepada perniagaan
Anda boleh menggunakan butang Log Masuk di bahagian atas halaman atau klik di sini untuk meneruskan.
Kadar keuntungan pembiayaan adalah sebanyak 2% setahun.
Pembiayaan yang disediakan merangkumi:
- Pembelian bahan mentah, stok, inventori atau barangan boleh guna;
- Pembelian atau penyewaan perkakasan dan perisian IT (termasuk yuran pelesenan & langganan);
- Pembelian atau penyewaan mesin dan peralatan kecil;
- Pengubahsuaian premis perniagaan termasuk pembelian lekapan & kelengkapan (fixtures & fittings);
- Perbelanjaan operasi (OPEX) seperti gaji, utiliti, sewaan dan lain-lain.
Anda boleh memohon secara dalam talian melalui butang “Mulakan” di bahagian atas halaman ini atau klik [di sini].
Tempoh pembiayaan adalah sehingga maksimum 5 tahun dengan tambahan 6 bulan tempoh tangguh (grace period).
Proses kelulusan adalah bergantung kepada dokumen yang dikemukakan dan tempoh kelulusan mungkin berbeza bagi setiap permohonan. Bagi permohonan yang telah diluluskan, pembiayaan akan disalurkan kepada syarikat dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) hari bekerja.
Program ini menawarkan jumlah pembiayaan antara RM50,000 hingga RM200,000.